Friday, January 7, 2011

Kau Gemok ( Coretan Pertama Dinding Tiruan)

Aku dah ter-biase dah kene panggil ngan name tu. Kalau setakat nak marah bile orang sekeliling panggil aku ngan panggilan GEMOK! Hurmm.. tak payah kot.Mungkin diorang tak berapa nak sedar dengan saiz badan sendiri. Orang kate tengok cermin nampak muka brad pitt..badan tyson..six pack-lah  konon.. HAHAHAHA. Aku tergelak dalam hati.

"Nanti aku kuruskan la berat aku ni, adooii."

HAHAHAHA. tergelak lagi dalam hati. Kenape nak risau pasal aku. Lagi baik fikirkan masalah 925 juta orang dalam dunia ni yang kekurangan makanan berdasarkan statistik WHO 2010. Kuman seberang laut nampak. Gajah depan mate tak nampak. Itulah manusia.Dah jadi lumrah.

"Ni perut ke ape??"

Sunyi kot hati korang ni. Kalau tak menyakat tak sah. Atau aku sekadar bahan hilai tawa korang untuk memecah kebuntuan? Dalam tak sedar korang menertawakan diri sendiri? Mungkin korang rase korang tak boleh gemok?

"Dah la pendek! Gemok plak tu!"

Aku sekadar tersenyum. Mungkin diorang ingat aku ni tunggul kayu. Aku pon punya hati dan jiwa. Hati aku ni nak letak mane? Dalam kotak kasut atas almari? (-_-). Biarkanlah ianya berlalu pergi. Mulut orang. Sampai bile pon boleh berkata. Yang penting aku tak melenting. Lambat laun membisu la tu. 

"Hurmm"

Tak satu pon yang pasti. Aku sedar siapa diri aku. Aku pasti dengan kemampuan aku sendiri. Aku tak kacau orang. Yang pasti "GEMOK boleh kurus.. Tapi kalau HODOH? renung-renungkan lah ye. 


Nukilan Hati
Dinding Tiruan
02.55pagi

No comments:

Post a Comment