Wednesday, February 23, 2011

Jalan yang indah

Sudah tersusun semuanya
Jangan di tanya kenapa dan mengapa
Pasti ada jawapan semunya
Jangan pula dibiarkan hanyut sampai kemana-mana..

Bila kesedihan melanda
Itu lumrah hidup manusia
Dan bila datang pula bahagia,
Itu nikmat dari yang esa..

Jalan yang indah ku susuri perlahan,
meniti semua intipati-intipati alam
Jalan yang indah ku harungi penuh dugaan
Biar semuanya jadi pedoman

'pensil tak asah'

tQ

dia main komputer sampai lewat malam,
tv on , kipas pusing laju2.
lalu dia baring dan tengok kipas tu pusing lama2.


lepas tu dia fikir kipas pusing sebab elektrik,
elektrik terhasil jauh di empangan,
air yang pusing kan turbin,
air dalam empangan dari tasik yg jutaan tahun usia dia,
empangan lak terbina dari hujan.


hujan dari langit.
semua milik ALLAH.
dia pandai fikir dah dapat jawapan
dia tidur.
xcakap tq pun kat PENCIPTA SEGALA DI BUMI DAN LANGIT



dah. 
tiang
Lembaran baru
apa maksudnya
buatmu seniman

pentas ini terbuka luas
untuk kau lakonkan riwayatmu

kanvas ini sedia terbentang
untuk kau lakarkan kisahmu

Pendita Derita

pendeta derita...
dari mana hasil nukilan nya...
alam sekitar....
atau yang sedia ada...

pendeta derita...
merayau mencari ilham....
untuk anak bangsa nya....
cerita hidup di sekeliling nya...

pendeta derita...
adakah mereka tahu hatinya...
menderita menjana bangsa...
memulihkan hati merdeka....

pendeta derita...
kesepian bila ada keramaian.......
kegembiraan bila ia kesepian...
mimpi dalam nyanyian...

pendeta derita...
hilang dalam tawa...
tapi kerjanya sudah sedia...
itulah janji pendeta..

pendeta derita...
karya mu membawa seribu makna...
sehingga kini mereka membaca...
kenangan yang mu ukir jua...


nukilan
Tika Malam

Friday, January 7, 2011

Diari Merah (Coretan Pertama Tiang)

"asalamualaikum.selamat datang ke penerbangan RC 707 saya kapten anda hamid,bersama pembantu juruterbang kay  , penerbangan ini menuju ke lapangan terbang heathrow,london dan akan mengambil masa 8 jam, cuaca dilaporkan baik dengan keadaan sedikit berawan dan penumpang dinasihatkan mengenakan tali pinggang keselamatan bila isyarat dinyalakan. Anak2 kapal bersedia membantu anda. terima kasih"


"eh, kapten cakap ape ni? ni kan kapal kargo mana ada penumpang" kata kay..


"yela tu, lupa lak" balas Hamid sambil tertawa. hahaha


Mereka berdua kemudian memulakan pemeriksaan rutin dan kemudian berlepas dari KLIA tepat jam 11.37 pagi menghala ke London.
Sejak 6 Tahun lalu ini merupan laluan rutin bagi mereka berdua yang bekerja di Red Card Airline, menghantar kargo milik Malaysia ke seluruh dunia. Hamid bangga kerana anak Malaysia kini mampu mengeksport barangan tempatan ke seluruh dunia.



Selepas selesai mendaki dan berada pada ketinggian 30,000 kaki sistem auto pilot megambil alih, matahari pagi yang memancar semasa mereka melintasi awan membuat mereka bedua teruja setiap kali terbang walaupun untuk kali yang ke jutaan kali. Begitu hebat kuasa sang pencipta detik hati Hamid.


"kerasnye kaptain punya" suara kay sambil menggegam batang tebu yang dibeli di Maulawi Cafe sebelum mereka berlepas.


"saya memang suka yang keras"Balas hamid sambil mengurut batang tebu itu. 
 Hamid memang gemarkan tebu kerana rasanya yang manis.

 Kapal terbang kargo yang sarat dengan pelbagai muatan itu terus meluncur gah di ruang udara melintasi sempadan-sempadan yang dibentuk manusia melalui perjanjian, perang dan tumpah darah sesama kita.Sempadan yang kemudian menjadi milik kita dan akan dipertahankan melalui tipu helah dan juga tumpah darah.


"kayi! , jerit hamid setelah 3 kali memangil kay yang termenung.
"maaf kapten" jawap kay setelah dia sedar dari angan-angannya smabil tersenyum.


"kenapa ni awak nampak muram" tanya hamid


"takde ape saya cuma penat, eh ada katak ! jerit kay sambil jarinya menunjuk ke arah bawah kerusi kapten hamid.

"tangkap katak tu kay sebelum dia gigit kita" hamid turut tesedar akan adanya katak di bawah kerusinya. 


kay dengan pantas membuka tali pinggang keselamatanya dan mengejar katak itu yang menuju ke belakang menghala ke ruangan kargo.


Lima minit kemudian kay kembali dan memberi tahu semua telah diuruskan.



Setelah penat mengejar katak kay meminta kebenaran hamid untuk tidur sebentar.

 Sunyi di atas awan itu yang hamid rasakan semasa dia bersendirian kerana kay  tidur sebentar. Waktu penenrbangan yang megambil masa 8jam memang amat membosankan . 


Tanpa sebab dan alasan hamid menoleh ke arah "jump seat" di belakang kay dan terlihat sesuatu yang tidak ada disitu semasa mereka berlepas, sebuah diari yang diikat dengan tali berwarna merah.


Hamid binggung lalu mengejutkan kay dan bertanya diari itu milik siapa.



Diari itu sekarang berada di tangan hamid, dan mulanya mereka teragak-agak untuk membukanya tetapi atas unsur keselamatan mereka terpaksa membuka kerana kuatir ada sebarang unsur bom di dalam diari itu. 

Setelah membuka lilitan merah pada diari itu tiada apa pun unsur yang mencurigakan . Hanya helaian diari lama yg tercatat tulisan tulisan pemilik.


kay berasa sedikit pelik kerana diari itu edisi 1957 tahun kemerdekaan Malaysia.
Lagipun ada 3 Muka surat sahaja yang bertulis.




Muka 1 : Kenapa



"perbalahan ini sudah bermula lama dahulu, bukan disini tapi kerana itu orang kita juga jom kita tentang meraka walaupun dengan darah, tak perlu kita dalami sebab dan punca perbalahan itu cukup hanya menentang mereka sekuat kuatnya. Tidak perlu kaji fakta dan kelemahan mereka kita serang, angkat senjata dan serang!! Redah belukar, terbang tinggi, selam dalam-dalam dan serang. Jangan kaji dimana mereka siapa mereka dimana, yang penting serang!!


"what is this?this is bullshit! jerit hamid walaupun belum lagi habis membaca lagi 2 sahaja muka surat dari diari itu..
Kadang-kadang manusia lebih suka mencerca kan? walaupun tak tahu menahu apa kesudahan lengkap satu kisah? detik hati kay


kay terus membaca.

Muka 2 : bagaimana

"Walaupun kita tak tahu mengapa dan kenapa apa saja yang ada lambang dan ciri-ciri mereka kita tentang! kita lawan! kita boikot.Jangan beli dikedai mereka! jangan walau senyum dengan mereka, kebaikan yang mereka lalukan adalah kejahatan.Orang kita kuat mereka tidak!Kita pandai bukan mereka.Apa saja medium yang ada kita guna ! kita lawan ! hahahaha


kay mula tertanya-tanya apa maksud tulisan ini..

Hamid seperti biasa terus mentertawa kan kaydan berkata "buang jela sampah tu"

kay tidak mempedulikan kata-kata hamid dan terus membaca halaman terakhir diari itu.


Muka 3 : ini pesan saya (penulis diari)

Ye! memang kita dah bebalah dari dulu hingga kini, gunakanlah apa cara yang ada, tapi apa kata kita kuatkan diri kita dulu.Apakata kita bina angkatan yang lebih mantap, apa kata sebelum serang kita kaji. Cari kelemahan mereka dulu, pastikan angkatan kita satu hati jangan berbalah, jalan kita satu ..Kan kelakar kita tentang mereka gunakan medium mereka?
hahaha tentang mereka tapi melalui medium milik mereka?haissshhhh ada lambang je kita hentam ada ciri-ciri mereka je kita lawan. sedangkan angkatan mereka kuat! berselindung di balik macam-macam yang kita guna atau bakal guna?
Bagaimana kalau saya kata pen yang saya guna untuk menulis ini juga milik mereka??-bye-


Kesudahan yang amat pelik bagi kay dan dia agar kabur dengan isi diari itu..


sepanjang penerbangan kcoretan diari itu terus terlintas di otak zaki dan hamid..



 tiaNg

dulu u..sekarang lu......(Coretan Pertama Abg Dengus)



pasal dulu.. 
lu kata wa hensem cam shah rukh khan..
tapi wa selalu pesan lu lagi cantilk..greater then helen hunt..

dulu laa...
lu kata yang wa.. wangi like bunga jasmin
tapi wa selalu je kata lu smell awesome then puteri aladin

dulu-dulu laaa...
lu kata wa macho fight al pacino
tapi wa selalu mesej kata.. gaya lu tapau j loo dowh

tapi betul ke...
yang dulu.. lu kata..yang lu sayang wa more then words?
for this time...wa rasa all this shit is just word..

tapi serius...
kalau dulu wa rasa...wa mati lu xde...
wa lupeee...
wa was born berhati.. and for sure maaa got kaki

jadi tak kuasaaaaa menanti...
waaa pun jalan sendiriiiiii....

-abang dengus-

1.50am 24hb disember 2010

Hidup (Coretan Pertama Tika Malam)

adakah cukup kita merancangkan hidup kita...
adakah kebahagian akan pasti...
cukup faham "takdir"...
cukup faham "takbir"...

adakah selama ini hidup hanya menggadai harta...
untuk menjadikan hidup lebih berharga...
atau hanya menggadai diri...
lakonan untuk semua...

di manakah kehormatan yang di cari...
sehingga terkorban apabila ditemui...
hebatkah kehormatan itu...
sehingga tanah sendiri dikorbankan...


karya
Tika Malam