Wednesday, February 23, 2011

Jalan yang indah

Sudah tersusun semuanya
Jangan di tanya kenapa dan mengapa
Pasti ada jawapan semunya
Jangan pula dibiarkan hanyut sampai kemana-mana..

Bila kesedihan melanda
Itu lumrah hidup manusia
Dan bila datang pula bahagia,
Itu nikmat dari yang esa..

Jalan yang indah ku susuri perlahan,
meniti semua intipati-intipati alam
Jalan yang indah ku harungi penuh dugaan
Biar semuanya jadi pedoman

'pensil tak asah'

tQ

dia main komputer sampai lewat malam,
tv on , kipas pusing laju2.
lalu dia baring dan tengok kipas tu pusing lama2.


lepas tu dia fikir kipas pusing sebab elektrik,
elektrik terhasil jauh di empangan,
air yang pusing kan turbin,
air dalam empangan dari tasik yg jutaan tahun usia dia,
empangan lak terbina dari hujan.


hujan dari langit.
semua milik ALLAH.
dia pandai fikir dah dapat jawapan
dia tidur.
xcakap tq pun kat PENCIPTA SEGALA DI BUMI DAN LANGIT



dah. 
tiang
Lembaran baru
apa maksudnya
buatmu seniman

pentas ini terbuka luas
untuk kau lakonkan riwayatmu

kanvas ini sedia terbentang
untuk kau lakarkan kisahmu

Pendita Derita

pendeta derita...
dari mana hasil nukilan nya...
alam sekitar....
atau yang sedia ada...

pendeta derita...
merayau mencari ilham....
untuk anak bangsa nya....
cerita hidup di sekeliling nya...

pendeta derita...
adakah mereka tahu hatinya...
menderita menjana bangsa...
memulihkan hati merdeka....

pendeta derita...
kesepian bila ada keramaian.......
kegembiraan bila ia kesepian...
mimpi dalam nyanyian...

pendeta derita...
hilang dalam tawa...
tapi kerjanya sudah sedia...
itulah janji pendeta..

pendeta derita...
karya mu membawa seribu makna...
sehingga kini mereka membaca...
kenangan yang mu ukir jua...


nukilan
Tika Malam

Friday, January 7, 2011

Diari Merah (Coretan Pertama Tiang)

"asalamualaikum.selamat datang ke penerbangan RC 707 saya kapten anda hamid,bersama pembantu juruterbang kay  , penerbangan ini menuju ke lapangan terbang heathrow,london dan akan mengambil masa 8 jam, cuaca dilaporkan baik dengan keadaan sedikit berawan dan penumpang dinasihatkan mengenakan tali pinggang keselamatan bila isyarat dinyalakan. Anak2 kapal bersedia membantu anda. terima kasih"


"eh, kapten cakap ape ni? ni kan kapal kargo mana ada penumpang" kata kay..


"yela tu, lupa lak" balas Hamid sambil tertawa. hahaha


Mereka berdua kemudian memulakan pemeriksaan rutin dan kemudian berlepas dari KLIA tepat jam 11.37 pagi menghala ke London.
Sejak 6 Tahun lalu ini merupan laluan rutin bagi mereka berdua yang bekerja di Red Card Airline, menghantar kargo milik Malaysia ke seluruh dunia. Hamid bangga kerana anak Malaysia kini mampu mengeksport barangan tempatan ke seluruh dunia.



Selepas selesai mendaki dan berada pada ketinggian 30,000 kaki sistem auto pilot megambil alih, matahari pagi yang memancar semasa mereka melintasi awan membuat mereka bedua teruja setiap kali terbang walaupun untuk kali yang ke jutaan kali. Begitu hebat kuasa sang pencipta detik hati Hamid.


"kerasnye kaptain punya" suara kay sambil menggegam batang tebu yang dibeli di Maulawi Cafe sebelum mereka berlepas.


"saya memang suka yang keras"Balas hamid sambil mengurut batang tebu itu. 
 Hamid memang gemarkan tebu kerana rasanya yang manis.

 Kapal terbang kargo yang sarat dengan pelbagai muatan itu terus meluncur gah di ruang udara melintasi sempadan-sempadan yang dibentuk manusia melalui perjanjian, perang dan tumpah darah sesama kita.Sempadan yang kemudian menjadi milik kita dan akan dipertahankan melalui tipu helah dan juga tumpah darah.


"kayi! , jerit hamid setelah 3 kali memangil kay yang termenung.
"maaf kapten" jawap kay setelah dia sedar dari angan-angannya smabil tersenyum.


"kenapa ni awak nampak muram" tanya hamid


"takde ape saya cuma penat, eh ada katak ! jerit kay sambil jarinya menunjuk ke arah bawah kerusi kapten hamid.

"tangkap katak tu kay sebelum dia gigit kita" hamid turut tesedar akan adanya katak di bawah kerusinya. 


kay dengan pantas membuka tali pinggang keselamatanya dan mengejar katak itu yang menuju ke belakang menghala ke ruangan kargo.


Lima minit kemudian kay kembali dan memberi tahu semua telah diuruskan.



Setelah penat mengejar katak kay meminta kebenaran hamid untuk tidur sebentar.

 Sunyi di atas awan itu yang hamid rasakan semasa dia bersendirian kerana kay  tidur sebentar. Waktu penenrbangan yang megambil masa 8jam memang amat membosankan . 


Tanpa sebab dan alasan hamid menoleh ke arah "jump seat" di belakang kay dan terlihat sesuatu yang tidak ada disitu semasa mereka berlepas, sebuah diari yang diikat dengan tali berwarna merah.


Hamid binggung lalu mengejutkan kay dan bertanya diari itu milik siapa.



Diari itu sekarang berada di tangan hamid, dan mulanya mereka teragak-agak untuk membukanya tetapi atas unsur keselamatan mereka terpaksa membuka kerana kuatir ada sebarang unsur bom di dalam diari itu. 

Setelah membuka lilitan merah pada diari itu tiada apa pun unsur yang mencurigakan . Hanya helaian diari lama yg tercatat tulisan tulisan pemilik.


kay berasa sedikit pelik kerana diari itu edisi 1957 tahun kemerdekaan Malaysia.
Lagipun ada 3 Muka surat sahaja yang bertulis.




Muka 1 : Kenapa



"perbalahan ini sudah bermula lama dahulu, bukan disini tapi kerana itu orang kita juga jom kita tentang meraka walaupun dengan darah, tak perlu kita dalami sebab dan punca perbalahan itu cukup hanya menentang mereka sekuat kuatnya. Tidak perlu kaji fakta dan kelemahan mereka kita serang, angkat senjata dan serang!! Redah belukar, terbang tinggi, selam dalam-dalam dan serang. Jangan kaji dimana mereka siapa mereka dimana, yang penting serang!!


"what is this?this is bullshit! jerit hamid walaupun belum lagi habis membaca lagi 2 sahaja muka surat dari diari itu..
Kadang-kadang manusia lebih suka mencerca kan? walaupun tak tahu menahu apa kesudahan lengkap satu kisah? detik hati kay


kay terus membaca.

Muka 2 : bagaimana

"Walaupun kita tak tahu mengapa dan kenapa apa saja yang ada lambang dan ciri-ciri mereka kita tentang! kita lawan! kita boikot.Jangan beli dikedai mereka! jangan walau senyum dengan mereka, kebaikan yang mereka lalukan adalah kejahatan.Orang kita kuat mereka tidak!Kita pandai bukan mereka.Apa saja medium yang ada kita guna ! kita lawan ! hahahaha


kay mula tertanya-tanya apa maksud tulisan ini..

Hamid seperti biasa terus mentertawa kan kaydan berkata "buang jela sampah tu"

kay tidak mempedulikan kata-kata hamid dan terus membaca halaman terakhir diari itu.


Muka 3 : ini pesan saya (penulis diari)

Ye! memang kita dah bebalah dari dulu hingga kini, gunakanlah apa cara yang ada, tapi apa kata kita kuatkan diri kita dulu.Apakata kita bina angkatan yang lebih mantap, apa kata sebelum serang kita kaji. Cari kelemahan mereka dulu, pastikan angkatan kita satu hati jangan berbalah, jalan kita satu ..Kan kelakar kita tentang mereka gunakan medium mereka?
hahaha tentang mereka tapi melalui medium milik mereka?haissshhhh ada lambang je kita hentam ada ciri-ciri mereka je kita lawan. sedangkan angkatan mereka kuat! berselindung di balik macam-macam yang kita guna atau bakal guna?
Bagaimana kalau saya kata pen yang saya guna untuk menulis ini juga milik mereka??-bye-


Kesudahan yang amat pelik bagi kay dan dia agar kabur dengan isi diari itu..


sepanjang penerbangan kcoretan diari itu terus terlintas di otak zaki dan hamid..



 tiaNg

dulu u..sekarang lu......(Coretan Pertama Abg Dengus)



pasal dulu.. 
lu kata wa hensem cam shah rukh khan..
tapi wa selalu pesan lu lagi cantilk..greater then helen hunt..

dulu laa...
lu kata yang wa.. wangi like bunga jasmin
tapi wa selalu je kata lu smell awesome then puteri aladin

dulu-dulu laaa...
lu kata wa macho fight al pacino
tapi wa selalu mesej kata.. gaya lu tapau j loo dowh

tapi betul ke...
yang dulu.. lu kata..yang lu sayang wa more then words?
for this time...wa rasa all this shit is just word..

tapi serius...
kalau dulu wa rasa...wa mati lu xde...
wa lupeee...
wa was born berhati.. and for sure maaa got kaki

jadi tak kuasaaaaa menanti...
waaa pun jalan sendiriiiiii....

-abang dengus-

1.50am 24hb disember 2010

Hidup (Coretan Pertama Tika Malam)

adakah cukup kita merancangkan hidup kita...
adakah kebahagian akan pasti...
cukup faham "takdir"...
cukup faham "takbir"...

adakah selama ini hidup hanya menggadai harta...
untuk menjadikan hidup lebih berharga...
atau hanya menggadai diri...
lakonan untuk semua...

di manakah kehormatan yang di cari...
sehingga terkorban apabila ditemui...
hebatkah kehormatan itu...
sehingga tanah sendiri dikorbankan...


karya
Tika Malam

Pekenalan ( Coretan Pertama Marmar Hitam)

Saat berhenti terdetik pabila jantung dan hati memerah insipirasi berdindingkan marmar hitam dan kelabu disamping air yang mengalir bagaikan dihujani oleh idea yg mencurah. Coretan dan suara kalian semua di luar untuk "kami jalan bersama" dijadikan luahan isi hati dan menggambarkan seribu satu makna.. tahniah buat sahabat dan ahli ahli tukang kata yg tiada tolok tandingnya. salam perkenalan dari insan yang luhur ini....

Marmar Hitam

Joystick (Coretan Pertama k|J)

Dah dekat sebulan lebih aku tak dapat men game..
Semua sebab joystick..
Aku hanya ada satu..
Tak puas kalau men game sorang-sorang..
Aku nak joystick baru..

Dulu aku ada joystick lagi satu..
Hampir taip-tiap malam aku men game..
Banyak level dah aku men..
Sampai joystick lagi satu tu tak mampu nak men lagi..
Bila dah tak mampu men aku tersenyum je sebab aku dah game dulu..huhuhu

Tapi sekarang dah takde..
Aku nak joystick baru..

Aku tahu kenapa joystick yang lagi satu tu dirampas dari aku..
Sebab joystick lagi satu tu nak men game lain..
Tak la sehebat mana pun game baru joystick yang lagi satu tu..
Dah abes koin datang balik kat aku men game yang sama..
Bila kalah men game, joystick yang lagi satu buat hal..kable rosak la, cd game tak ley baca lah, karen takde lah..itu dan ini..
Aku bosan! Bila aku bosan...
Aku nak joystick baru..

Esok dah Hari Natal..
Aku harap dapat la jumpa Santa Klos..
Tak kisah la yang real atau pun tidak..
Yakni cina gemok supermarket yang nyamar jadi Santa Klos tu..
Bila jumpa nanti aku nak mintak..
AKU NAK JOYSTICK BARU!!

K|J
24122010
5.12pm
Studio 2

Malam itu tidak sesunyi Biasa (coretan Pertama John 2:1)

Disebalik rimba tebal, menerusi rimbunan pepohon rendang, cahaya kelam bulan tua cuba menyinari malam. Angin yang bertiup tidaklah kuat dan tidak pula perlahan, menghembus mengikut alunan. Serangga-serangga pula sangat asyik menyanyi dan menari. Malam itu tidak sesunyi biasa. Terlihat sebuah rumah kayu usang  ditengah-tengah kejadian alam. Diperkarangan rumah , kelihatan bayang seorang anak kecil. Dia asyik memerhatikan si pelita, terpaku menonton keindahan tarian si api. Lemah gemalai gerakan tarian si api pelita,dihalusi dengan alunan angin,  mempersonakan pada mereka yang menghayati.Tidak sumbang langkah tarian, tidak kekok si api menggayakan. Anak kecil terus berdiri, si api pelita terus menari, diiringi  harmoni nyanyian serangga-serangga hutan.Terpukau si anak kecil hingga terlupa pesan ibunya.Terhibur dengan keindahan, tidak sampai hati untuk menghentikan. Si api pelita tetap menari sehingga sampai ke hujung hayatnya. Malam itu tidak sesunyi biasa...

John:2.1 

Kau Gemok ( Coretan Pertama Dinding Tiruan)

Aku dah ter-biase dah kene panggil ngan name tu. Kalau setakat nak marah bile orang sekeliling panggil aku ngan panggilan GEMOK! Hurmm.. tak payah kot.Mungkin diorang tak berapa nak sedar dengan saiz badan sendiri. Orang kate tengok cermin nampak muka brad pitt..badan tyson..six pack-lah  konon.. HAHAHAHA. Aku tergelak dalam hati.

"Nanti aku kuruskan la berat aku ni, adooii."

HAHAHAHA. tergelak lagi dalam hati. Kenape nak risau pasal aku. Lagi baik fikirkan masalah 925 juta orang dalam dunia ni yang kekurangan makanan berdasarkan statistik WHO 2010. Kuman seberang laut nampak. Gajah depan mate tak nampak. Itulah manusia.Dah jadi lumrah.

"Ni perut ke ape??"

Sunyi kot hati korang ni. Kalau tak menyakat tak sah. Atau aku sekadar bahan hilai tawa korang untuk memecah kebuntuan? Dalam tak sedar korang menertawakan diri sendiri? Mungkin korang rase korang tak boleh gemok?

"Dah la pendek! Gemok plak tu!"

Aku sekadar tersenyum. Mungkin diorang ingat aku ni tunggul kayu. Aku pon punya hati dan jiwa. Hati aku ni nak letak mane? Dalam kotak kasut atas almari? (-_-). Biarkanlah ianya berlalu pergi. Mulut orang. Sampai bile pon boleh berkata. Yang penting aku tak melenting. Lambat laun membisu la tu. 

"Hurmm"

Tak satu pon yang pasti. Aku sedar siapa diri aku. Aku pasti dengan kemampuan aku sendiri. Aku tak kacau orang. Yang pasti "GEMOK boleh kurus.. Tapi kalau HODOH? renung-renungkan lah ye. 


Nukilan Hati
Dinding Tiruan
02.55pagi

Marah (Coretan Pertama Biar bemakna)

mungkin kau rasa aku marah
tapi sebenarnya aku tak marah
sungguh aku tak marah
asalkan kau juga tak cepat marah-marah
berjanjilah kau takkan marah

biar bermakna

Mek (coretan pertama rintik)

"ku gambarkan diri mu seorang bidadari dari kayangan yang
datang untuk menyuluh dan menyinari jiwa ku yang kusam.."



~rintik~

Mencari Erti (Coretan Pertama Pensil tak asal)


setelah berabad aku hidup..
kini aku mula mencari erti...
puas aku berjalan...
puas aku berlari..
tidak pernah berhenti..
keinginan untuk mencari sebuah erti..
kuat di dalam diri..
aku tidak pernah menoleh...
Semakin jauh aku berjalan..aku semakin tidak mengerti..
Semakin jauh aku berlari...aku semakin di hantui pertanyaan diri..
Mengapa aku masih di sini?!
Mengapa?
aku tidak berganjak...
masih di sini..
Setelah puas mencari..
baru aku sedari..
Aku hanya berjalan dan berlari di atas treadmill di rumah ku ini..

- pensil tak asah-

Thursday, January 6, 2011

..salam perkenalan

assalamualaikum,

kami sebenarnya datang dari pelbagai latar belakang...tapi yang penting, kami hanya ingin menulis..antara penulis-penulis yang berkongsi karya mereka di sini..

~pena tak asah~...~rintik~...~tiaNg~...~dinding tiruan~...~cinta~...~john 2:1~...~abang dengus~...~marmar hitam~...~tika malam~...~biar bermakna~...~permaisuri~...~bukau~...~K|J~...

harap anda menikmati hasil penulisan kami..

sekian

Tuesday, January 4, 2011

Mula ingin bertatih..

Syukur Al-hamdullilah..

itulah, perkataan yang pertama, yang terdetik di lubuk hati..
saya ' pena tak asah' ingin menjelaskan kepada sesiapa yang nanti, mungkin akan membaca blog ini, 
ingin memberitahu, mengapa blog ' kami jalan bersama' terhasil...,

kisahnya bermula...

bila malam yang tidak lah terlalu lewat, mungkin dalam pukul 8 ke 8.30 minit malam, saya bersama 4 orang rakan yang lain minum bersama, berbual-bual kosong, orang cakap " cerita kedai kopilah" 

Selalunya perkara-perkara yang di bualkan itu selalunya mengarut.,
tapi perpatah melayu ada berkata " ada ketam di sebalik batu", dalam mengarut-ngarut ada isi rupanya..,
" apakata kita buat forum@group untuk kita-kita ajelah, tulis je ape2 yang terlintas di minda, hati, tak kira lah, puisi, cerpen, sajak...rencana..apa-apa, janji kita menggunakan Bahasa Melayu" 

itu idea dari salah seorang rakan saya.., panjang lagi sebenarnya..tapi di pendekkan.. kami berlima bersemangat untuk merencanakan apa yang di rancang...

Kami akan jalan bersama-sama berkongsi karya-karya dengan anda semua, mungkin blog "kami Jalan Bersama ini akan menjadi salah satu rujukan kepada idea-idea untuk anda semua di masa hadapan..